Friday, June 1, 2012

Back to Life 나의 이야기

Setelah sekian lama menyepi,kini Naui Iyagi kembali.. haha~ Hopefully korg boleh follow la blog ni.. JUST WANT TOSHARE SOMETHING.. Ok la.. ni coretan pertama, jd x mau la merapu byk sgt.. Sy doakan korg semua bahagia, kaya dan berjaya selalu... :)

Monday, August 8, 2011

Murid Nakal

Seorang guru perempuan bertanya soalan pada muridnya yang bernama Amin. "Amin, 5 ekor burung di atas pokok dan seekor ditembak oleh pemburu, berapa ekorkah yang tinggal?". Amin menjawab "Tidak ada yang tinggal cikgu".

"Jawapan sebenarnya ialah 4, tapi saya suka cara kamu berfikir" balas guru tersebut.

Amin kemudian berkata "Boleh saya tanya cikgu pulak?". Cikgu tadi mengangguk setuju.

"Tiga orang wanita makan ais kerim, wanita pertama menjilat bahagian atas aiskerim manakala wanita kedua memegang bahagian krimnya dan menjilat kon aiskerim terlebih dahulu dan wanita ketiga hanya memandang pada aiskerim tersebut. Wanita manakah yang telah berkahwin?"

Gurunya dengan teragak-agak menjawab "Wanita kedua!".

"Jawapan sebenarnya ialah wanita yang memakai cincin perkahwinan. Tapi saya suka cara cikgu berfikir" balas Amin dengan selamba.

kredit to: http://ceritakomedi.blogspot.com/

Thursday, January 6, 2011

Berhati-hati didalam Hubungan... hahahaha~

p/s: hahahaha~ nilah yg akan jd klu korg x siasat dlu latar belakang pasangan korg... jgn tersalah pilih.... jeng, jeng, jeng....

Engineering Student LOVE STORY..

p/s:kepada gadis2 yg bercinta dgn dgn bdk engineering berhati-hati lah anda.. jgn sesekali tulis surat dlm buku or tulis surat letak dlm buku laki 2.. better korg terus terang je.. itu lebih baik... (sbb sy pn bdk engineering gak... hahaha..)

Tuesday, December 14, 2010

sim kad yang x pyh ditopup...! ! !



Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.

Abah : Man, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.

Man : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis. 

Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je. 

Man : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali. 

Abah : Kali ni Man beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.

Man : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Man cuba mengelat sambil meneduhkan air muka) 

Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni. 

Man : Ok, abah jangan bimbang. Man akan dapatkan kredit paling banyak.
(Man pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.) 

Man : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(sambil termengah-mengah Man memberikan abahnya satu kad SIM lain)

Abah : Kad SIM apa ni man? Expek ke? 

Man : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500. 

Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah. 

Man : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya. 

Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni? 

Man : Dalam dompet abahlah.

Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye? 

Man : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Man potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone. 

Abah : Hah?.........
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.) 

Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye? 

Man : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500. 

Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku.......(jerit si abah lalu tergolek pengsan)

Apa yg bermain didalam fikiran dulu? ? ?


Cerita 1
Aminah merenung batang yang menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar.
Aminah pun menjerit "... Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti.

Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …

"cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it…"..katanya berulang-ulang kali tanpa henti... 

Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari.

Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal ..

Sumber : Gua pon lupa. Sorryy...




p/s: aku amik dr web ni: 


DoTA @ ayang?? ? ?


hahahaha~ serius lawak... yg mn satu yg patot dipilih, cpt2 wt pilihan...